Who We R

Kami adalah pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan majlis cukur jambul dan akikah baby anda adalah lebih menarik dengan pakej buaian berendoi yang berpatutan serta design² yang menarik mengikut citarasa dan kehendak anda. Tema dan warna juga adalah bergantung kepada kehendak permintaan dan pihak kami akan cuba sehabis baik untuk merealisasikan impian anda. Selain itu kami juga menyediakan doorgift unik dan comel untuk sebarang majlis keramaian untuk diabadikan oleh para tetamu yang hadir.

Tuesday, November 12, 2013

Blue pink prop & design

Prop baby blue+pink untuk next buaian berendoi. Design simple jer coz ibu kila request untuk blue+pink color so.. saya pun design sebaik mungkin guna kombinasi kaler tu harap² ibu kila suka. Design² baby tu semua just guna font boleh search di www.dafont.com. Part designing plak just guna Shape & brushes yang ada di adobe photoshop (saya just guna CS3) cuma brushes untuk flower tu saya add on guna brushes free download (tapi siyess saya lupa dari mana install...keyword google pun x ingat langsung sowwyy guys.. nanti kalau ingat da saya share k... agaggaggaaa) 


Shape bunga tu guna shape yang memang tersedia d mana² version Adobe Photoshop & gambar theme baby tu nama dia "MTF Itty Bitty Baby" boleh download free dari www.dafont.com macam yang saya mention tadi.

Floral design bahagian atas tu guna brushes yang saya lupa dapat dari mana.... hiihuuu.
Tag vintage shape (background untuk wording) pun actually lupa actual web dia tapi boleh google juga guna keyword "free shapes for adobe photoshop". 
Stripe blue di bawah & pink di tengah just guna shape square then adjust jer guna kesesuaian saiz, warna & boleh apply pattern & gradient juga tapi saya just guna color.
Boleh dikatakan skill adobe photoshop saya masih lagi beginner so sepa² yang sudi sharing skills & knowlwdge, kecik tapak tangan stadium saya tadahkan... so thats all .. c yaaa

 

Pengenalan

Hello.. haii.. holaaaaaaaaa....

♥Kouru's Sweet Design♥
Huurmm.... macam comel jerr.. macam cantik jer.... hihi... actually ini adalah blog untuk mempromosikan hasil kerja saya dalam pelbagai bentuk yang berkaitan dengan arts, deco & design. Selain itu, di sini juga kita boleh share pengetahuan or tips pasal deco & designing.... Bagi yang pernah nampak or pernah terbaca blog "Kouru's Simply Craft" itu is me jugak!! Tapi KSC tu more kepada craft felt & sewing matter.... tp kali ni saya mau lari dari dunia craft buat sementara waktu kalau boleh (dengan nada merajuk & penat layan customer yang bertuah... huhu....) .... huurm bukan tamak or tiada pendirian cuma kebelakangan ni saya lebih banyak dapat inspirasi & dorongan dalam bidang yang lain so y not cuba benda yang baru walaupun tak baru sangat bagi saya. Actually KSC tu cuma percubaan untuk saya mengaplikasikan hobi ke dunia perniagaan tapi ternyata kurang berjaya disebabkan beberapa kekangan terutama masa dan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang bekerja.

♥Editing & Designing♥
Sebelum kewujudan KSC tuu saya memang suda berkecimpung dalam dunia editing yang tak seberapa waktu tu.... just belajar basic dari "SLG" or lebih dikenali sebagai Skim Lepasan Graduan pada sekitar tahun 2004. Guru pertama saya dalam dunia editing ni adalah Sislady Melinda walaupun kursus tu cuma 6 bulan... tapi skills & knowledge sangat berguna dan sangat berbaloi (Tak sia² resign sebagai kerani account semata² kejar course tu walaupun dapat tentangan hebat dari bapa sendiri sampai berlaku kes lari dari rumaah...eeerrrkkk...  choop...chopp...ke laut suda tu cerita agaggaggagga.. sambung balik dot.dot.dot) Banyak juga skills editing guna Adobe Photoshop ni saya guna dalam KSC tapi beberapa lama kemudian wujud plak "Photoscape" yang membuatkan saya terpaksa curang dengan adobe photoshop!! Tapi still dalam field editing kan... cuma aplikasi jak berbeza... Selepas saya mengambil kursus SLG tu.. saya sempat tanam anggur selama 3 bulan sebelum dapat kerja balik. Tapi 3 bulan tu saya bukan kerja makan tidur jak tau... dengan berbekalkan komputer yang dibelikan waktu diploma.. pada kelajuan prosessor pada masa tu cuma 1.0ghz dan masih guna pentium III serta RAM 256Mhz saya mengambil upah buat editing dengan harga RM2 sekeping gambar bersaiz 4R dan RM10 untuk saiz 8R. Sampailah saya dapat panggilan temuduga seterusnya berjaya dalam temuduga untuk jawatan kerani pengeluaran yang dipanggil Production Clerk. So, sampai situ jak cerita editing saya  & boleh kira terkubur juga bila komputer rosak tak dapat edit² lagi.

♥Decoration♥
Decoration.... macam semua perempuan suka benda yang kemas dan menarik kan?. Dulu masa my bro kawen saya org yg ditugaskan untuk buat pelamin... ya la... kami kan pihak lelaki so yang simple² jeww. So, start dari sana saya minat sangat dekorasi tapi just minat jak coz mau buat deco kena pakai duit gak beli itu ini. Masa tu saya masih student belum ada pendapatan lagi. Tapi saya suka pegi kedai just for u di centre point cuci² mata. Lepastu dekorasi ke-2 adalah pelamin my sis.... masa tu cuma pkai stand block, kain satin & sikit2 bunga walaupun tak seberapa cantik masa tu as long nampak gak pelamin my mom cakap. So, sana last part dekorasi sampai saya ada baby... & dekorasi idea dtg balik bila mau buat majlis cukur jambul untuk baby saya pada tahun 2011 saya terbuat (cewaahh macam tak sengaja plak... ) buaian berendoi dengan bantuan rakan pejabat untuk buatkan rangka utama buaian masa tu belum ada buaian yang sebenar lagi.

♥Last but not least♥
Rentetan dari dekorasi buaian untuk baby saya..... selepas setahun saya pun decided untuk memulakan perkhidmatan buaian berendoi di area KK yang masih asing lagi sebab kebiasaanya dibuat hanya di bahagian Semenanjung Malaysia. Dengan cuma sebuah buaian yang ditempah dari Syarikat Perniagaan Perabot Nuri Sdn. Bhd dapatlah saya dan rakan seperjuangan saya mengambil tempahan mengikut masa² yang sesuai untuk kami beroperasi. Oh yaa.. buaian berendoi tu saya namakan 'La Lisa Cradle' yang diambil dari inspirasi nama anak saya sendiri 'Lisa' mana kala 'La' punya dari 'Khayla' nama anak BFF saya yang menjadi penyumbang tenaga dan idea terutama part bunga²an... hihi. K la jumpa next post yaa...